gallery used car carlist perodua kancil 660 ex hatchback malaysia 3215916 YcNXBt9DXrDwW2GmmDrImI - Ahli Club Forum Kancil
Tetamu menulis “Ahli Club Forum Kancil (ACFK) yang dahulunya lebih dikenali sebagai Forum Kancil Trxx Turbo mula beroperasi pada bulan July tahun 2000 dibawah pimpinan Saudara Wan Azrif yang juga merangkap sebagai Webmaster Forum ini. Di awal penubuhan kelab ini, ACFK lebih bergerak aktif hanya di alam maya & lama kelamaan ia berkembang hingga ke aktiviti luar. Kehadiran ACFK bermula dengan laman Web / Forum Percuma tetapi kini telah dinaiktarafkan kepada Forum dan Web Hosting Berbayar selaras dengan penambahan bilangan Ahli Forum yang menggalakkan.

Kehadiran Laman Forum ACFK ini bertujuan memberi kemudahan amnya kepada seluruh warga Malaysia dan khususnya kepada pemilik-pemilik kereta Perodua Kancil yang tidak mengira umur, bangsa & agama untuk mengenali diantara satu sama lain dan berkongsi pengalaman dalam dunia sukan bermotor. Laman Web ini juga bertujuan untuk menaikan taraf dan melariskan penjualan kereta buatan Negara kita iaitu kereta Perodua Kancil.

Seperti Laman Web site lain, ACFK merupakan sebuah komuniti yang mempunyai keperibadian tersendiri dengan adanya Sticker Logo ACFK, Stiker Keahlian dan Web Hosting yang disewa khas bagi menjana Forum ini. Bagi ahli yang membayar yuran keahlian sebanyak RM20.00 adalah bagi membantu & meringankan tanggungjawab menyediakan kemudahan tersebut.

Kewujudan ACFK dalam dunia permotoran dalam tempoh 3 tahun ini telah menampakkan perkembangan yang amat pesat dari segi keahlian yang meningkat dari hari ke hari, jalinan persahabatan dari seluruh tanah air dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, pelbagai inisiatif telah diambil dimana perjumpaan antara ahli telah diadakan dibeberapa tempat popular di Malaysia iaitu Stadium Bukit Jalil, Perhentian Awan Besar, Petronas Bukit Jalil, Port Dickson, Cherating, Air Terjun Ulu Yam dan sebagainya. Selain itu, ACFK juga telah mengadakan aktiviti seperti bermain bola sepak, Futsal, Badminton, Bowling dan mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab terkemuka di Malaysia. Dengan ini, persahabatan dapat dipupuk dengan utuh dikalangan ahli ACFK dan kelab-kelab kereta lain dapat dijalinkan. Cara ini dapat melebarkan konsep komuniti siber di antara kelab kereta yang terkemuka di Malaysia.

——————————–
Sila lah berkunjung ke www.acfk.net untuk menjadi ahli kelab.”
Dikirim pada Wednesday, December 10 @ 12:44:21 MYT oleh NeoTech

CONTACT US

Sending

Anda boleh meletakkan headline kami di laman anda menggunakan backend.php atau ultramode.txt. Jika anda berminat menggunakan RSS forum kami anda boleh juga menggunakan backendforums.php. Sebarang soalan dan idea boleh dikemukakan di ruangan Forum yang telah kami sediakan sahaja. Jika ianya dihantar melalui email maka ia tidak akan dilayan. PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license. Page Generation: 35.1 Saat

or

Log in with your credentials

Forgot your details?